| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
obmar Site Admin

Joined: 14 Apr 2006 Posts: 5697
|
Posted: Fri Apr 25, 2008 8:23 am Post subject: Suku Kampar: Asal Usul Kita |
|
|
Suku Kampar: Asal Usul Kita
Orang-orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:
i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)
Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:
i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu
Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.
Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.
Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).
Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.
Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.
|
|
| Back to top |
|
 |
obmar Site Admin

Joined: 14 Apr 2006 Posts: 5697
|
Posted: Fri Apr 25, 2008 8:24 am Post subject: |
|
|
dzul66 Kampar + Minang 3 4 minutes ago by abrnadzrah
Thread started: May 11 2007, 9:51 AM EDT Un-Watch
Saya suka membaca artikel ini, berkenaan orang Kampar. Ini kerana ayah saya berketurunan Kampar Salo dan ibu saya Minang Paya Kumbuh. Di Mentakab, orang Kampar ramai tinggal di Kampung Tanjong Krayong, Batu Kapur dan Mambang Berulang. Mereka juga ramai di Kg. Batu Satu, Temerloh. Saya sedang melaksanakan satu kajian mengenai cerita-cerita rakyat d Daerah Gombak dan Hulu Selangor. Yang menariknya, memang ramai orang berketurunan Kampar dan Minang di kawasan ini. Mendengar mereka berbahasa Kampar, amat menyeronokkan kerana mengingatkan saya pada asal usul sendiri.. |
|
| Back to top |
|
 |
obmar Site Admin

Joined: 14 Apr 2006 Posts: 5697
|
Posted: Fri Apr 25, 2008 8:33 am Post subject: |
|
|
Kampar Johor Telah Lama bertapak sejak Kesultanan Melayu
Tuesday, 2:33 AM EDT
kALAU NAK MENGETAHUI KETURUNA KAMPAR YANG BERASAL DARI SUMATERA YANG MENETAP DI NEGERI JOHOR BOLEHLAH DATANG KE KAMPUNG TALANG BUNUT PARIT RAJA BATU PAHAT JOHOR. kAMPUNG INI TELAH LAMA DI BUKA IAITU AWAL TAHUN 1900 AN DIMANA KAMI MERUPAKAN KETURUNAN SUKU MELAYU ATAU SUKU BIDUANDA IAITU KETURUNAN RAJA-RAJA KAMPAR. kALAU DI KAMPAR INDONESIA PENEMPATAN SUKU MELAYU INI AIALAH DI KAWASAN KUALA SUNGAI KAMPAR HINGGALAH KE PALAWAN DAN SEBAHAGIANNNYA DI PULAU MUDA.
SEKARANG KAMI SEDANG MENCARI MAKLUMAT DAN MENULIS BUKU SEJARAH KEDATANGAN ORANG-ORANG KAMPAR KE MALAYSIA. SESIAPA YANG BERMINAT INGIN MEMBERI MAKLUMAT SILA HUBUNGI CIKGU YB
|
|
| Back to top |
|
 |
|