Index - FAQ - Search - Membres - Groupes - Join! (free) - Messages Privés - Log in

Perjuangan Mat Kilau difilemkan

 
Post new topic   Reply to topic    bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG
View previous topic :: View next topic  
Author Message
obmar
Site Admin


Joined: 14 Apr 2006
Posts: 5697



PostPosted: Thu Dec 06, 2007 11:41 am    Post subject: Perjuangan Mat Kilau difilemkan Reply with quote

Perjuangan Mat Kilau difilemkan

KUANTAN 5 Dis. – Selepas filem 1957 Hati Malaya
ditayangkan pada umum, sebuah filem sejarah
mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu terbilang, Mat
Kilau akan menyusul tidak lama lagi.

Salah seorang penerbit filem itu, Datuk Zulkifli
Mohamad berkata, setakat ini, pihaknya baru mengadakan
perbincangan awal bersama Perbadanan Kemajuan Filem
Malaysia (Finas) bagi mendapatkan pandangan mengenai
hasrat syarikat Ika Jaya Sdn. Bhd. untuk menerbitkan
filem berkenaan.

‘Kita mempunyai peruntukan sebanyak RM7 juta bagi
merealisasikan penerbitan filem sejarah ini dan buat
masa ini, saya telahpun berpeluang membaca skrip yang
dihasilkan untuk filem Mat Kilau,” katanya kepada
Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pengarah yang bakal menerajui filem
tersebut, beliau menjelaskan, setakat ini, pihaknya
masih di peringkat perbincangan dan pandangan daripada
pelbagai pihak perlu diambil kira bagi memastikan
pengarah yang bakal dipilih adalah tepat dan
bersesuaian.

‘‘Saya ada berbincang dengan Shuhaimi Baba bagi
mendapatkan pandangan beliau tetapi saya masih belum
memutuskan siapa pengarah filem ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Waris dan
Keturunan Tok Gajah-Mat Kilau memberitahu, penghasilan
filem itu memerlukan penelitian yang khusus
memandangkan ia merupakan sebuah filem sejarah dan
fakta yang diketengahkan perlu tepat.

Zulkifli memberitahu, pihaknya juga merancang untuk
menjadikan Pahang sebagai lokasi penggambaran
memandangkan Mat Kilau merupakan pahlawan Melayu yang
berasal dari Pahang.

‘Sejarah Mat Kilau menentang penjajah Inggeris bermula
di Pahang dan kalau boleh kita mahu penggambaran
dibuat di lokasi sebenar sewaktu pertempuran itu
berlaku.

‘‘Sekiranya tempat tersebut telah dibangunkan kita
masih boleh mencari lokasi alternatif di Pahang untuk
menjayakan penggambaran filem Mat Kilau ini,”
tambahnya.

Ketika ditanya bila filem tersebut akan memulakan
penggambaran, beliau berkata, sekiranya segala yang
dirancang berjalan dengan lancar, kemungkinan filem
itu bakal memulakan penggambaran sekitar tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga kini sedang
berusaha mengesan waris-waris Tok Gajah serta Mat
Kilau di seluruh negara dan mereka boleh menghubungi
talian 03-77279970 atau 77222532 sekiranya berminat
untuk menyertai persatuan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/c...&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm


Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Card File  Gallery  Forum Archive
Powered by phpBB
Appalachia Theme © 2002 Droshi's Island

Designed & images by Kooky
Create your own free forum | Buy a domain to use with your forum