Archive for bridgebuilder.myfreeforum.org bridgebuilding effort, cross culture, cross faith, not bridge construction
 



       bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG
obmar

Terumbu karang jadi tumpuan spesies berparuh

Terumbu karang jadi tumpuan spesies berparuh


SEPANJANG pantai yang menghadap Laut China Selatan Semenanjung Malaysia membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih menjadi lokasi selamat bagi ikan berparuh seperti marlin dan layaran untuk terus membiak dan menjadikan kawasan habitat.





Terumbu karang dan batu semula jadi masih kekal sebagai kawasan tumpuan spesies berparuh untuk mengejar mangsa terutama jenis ikan kecil seperti bilis sebagai makanan.

Bermula dari sempadan Kelantan dan Thailand, beberapa koordinat yang mempunyai batu karang mengunjur ke selatan sehingga Pengerang Johor, bersempadan Singapura dan Indonesia, dicatatkan sebagai pergerakan gerombolan layaran dan marlin sepanjang tahun.

Walaupun spesies nomad itu bergerak hampir seluruh kawasan Laut China Selatan dan Pasifik, namun perairan sebelah timur Semenanjung masih menjadi tumpuan walaupun sebahagian daripadanya beredar di sekitar pantai Timur Sabah dan selatan Mindanao.

Satu kajian Pihak Berkuasa Pembangunan Perikanan Filipina mendapati spesies ini masih berleluasa di sekitar kepulauan negara berkenaan tetapi hanya pada musim tertentu.

Bagaimanapun kepada pengusaha bot memancing tempatan terutama dari Melaka, Pahang, Johor dan Terengganu mereka berpendapat walaupun berlaku pergerakan gerombolan ikan berkenaan tetapi beberapa lokasi tetap menjadi habitat sepanjang tahun.

Koordinat tertentu terutama membabitkan lokasi batu karang seolah-olah menjadi habitat kekal spesies berkenaan.

Pengusaha bot memancing itu berkata, mereka akan tetap menaikkan spesies berkenaan walaupun pada luar musim terutama pada akhir dan awal tahun.

Walaupun pertengahan tahun iaitu di antara Mac dan September lokasi Rompin, Mercong, Mersing dan Endau, dikatakan musim gerombolan spesies berparuh itu, tetapi banyak nelayan berjaya menaikkan ikan pada musim tengkujuh terutama di Rompin dan Mercong.

Nelayan pukat tunda juga pernah melaporkan walaupun pada musim terkujuh di antara November dan Februari, mereka sering menaikkan spesies layaran. Ini menandakan spesies berkenaan masih berada di kawasan itu walaupun di luar musim.

Pengusaha bot dari Melaka, Mike Thien, pernah menaikkan layaran pada musim tengkujuh. Mungkin pada musim berkenaan banyak ikan kecil berlindung di batu karang dan layaran mengambil peluang mencari makanan dan akhirnya menjadi habitat tetap.

Bagaimanapun beberapa pengusaha bot memancing dan pengendali pemancing amatur di negara ini bimbang jika langkah yang serius tidak diambil khazanah negara itu akan pupus yang akhirnya merugikan negara.

Sebelum ini penyu Belimbing yang pernah menjadi ikon negara akhirnya hilang begitu saja kerana tidak ada kesedaran semua peringkat masyarakat terutama pembuat dasar, penguat kuasa dan nelayan. Walaupun jutaan ringgit dibelanjakan sejak lebih 10 tahun lalu namun hasilnya belum kelihatan.

Pengusaha dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bharu itu menyifatkan layarann dan marlin akan menghadapi masalah yang sama kerana pembuat dasar tidak faham erti khazanah negara. Manakala rakyat tidak diberi pendidikan wajar kenapa ia perlu dipelihara.

Sehingga ini masih ada nelayan menangkap dan menjualkan spesies berkenaan kepada pengusaha keropok di Pahang, Johor dan Terengganu. Tidak seperti Australia rakyat yang mempunyai maklumat menyedari kepentingan khazanah negara mereka.

Walaupun usaha mempromosikan Malaysia terutama Pahang dan Johor mengenai sektor sukan memancing akhirnya tidak memberi erti dan sia-sia jika rakyat tidak memahaminya.

[/img]

       bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG
Page 1 of 1
Create your own free forum | Buy a domain to use with your forum