obmar
|
Sudden blurbsmerdeka
satelah dijajah
selama 500 tahun lamanya
di jajah
tujuh kali lama nya
mula portugese
duanya belanda
tiganya inggeris
empatnya siam
limanya jepun
enamnya bintang tiga
akhirnya inggeris semula
merdeka
merdeka
dua minggu lama nya
kerajaan melayu melaka
bertahannya mahmud
serta hulubalang nya
sebelum menyerah melaka
untuk dijajah
500 tahun lama nya
tiada tahu
jajah membunuh minda
menutup mata
memekap telinga
kita baru merdeka
belum sampai 50 tahun lama nya.
tersedarkah yang dibungkus
500 tahun lama nya
merdeka
merdeka
merdeka
kalau keramat keris
kalau mandi minyaknya
kalau makan pakunya
ratah kaca
kebal
jampi serapah
santau mantaunya
masih memukau
minda minda anak anak kita
minda merdeka
ku pinta merdeka
ku doa merdeka.
ku jerit merdeka
1hb sept 2006
awalludin.ramlee@gmail.com
|
obmar
|
nak
merdeka itu di hati
bunyi suara itu lagi
nak
dihati
nak
ribuan penjajah boleh datang dan pergi
ribuan sergahan
ribuan tohmahan
tapi kalau hati itu merdeka
tiada siapa yang terpenjara.
tiada pagar bisa memenjara.
suara siapakah
suara itu tadi?
ia masih menghantui
2hb sept, 2006
|
obmar
|
Sebelum merdeka
hisap Candu
Tapi tiada serenti
Sebelum Merdeka
Jenayah juga ketara
Perang antara negeri dan negara
memang semua melayu jua
khianat dengki
tamak haloba
Sebelum merdeka
yang ramai tak reti membaca
sekarang
tak mahu membaca
kalau dah pandai
salah kah kita
Sebelum merdeka
kita bersih? Takkan
TengkuAbdulRahman
mula dengan membuat
tandas awam
dimerata tempat satelah
Sebelum merdeka
highwaynya sungai
tapi buang air di tepi sungai.
mandi nya disana jua
HIV/AIDS?
bala tuhan lebih cepat
keumat tersayang
agar cepat
membuat pengajaran
Surau/Masjid?
Dulu tikar sembahyang
pun susah nak ada
masjid bukan nya
mudah nak jumpa
sekarang merata
Tongkat kerajaan?
dimana nak berpayung
jika bersultan dihati
beraja dimata
Melayu misti islam?
alangkan nabi Nuh
anaknya tidak terlepas dimata
kalau itu suratan masa
Lupa asal usul,
tidak semua,
kita pengisi
tugas nya isi
sama sama kita isi
baru bererti
3hb september. 2006
|
obmar
|
Antara Lawak, gurau, senda, sinis, perliAntara Lawak, gurau, senda, sinis, perli
ada perli dalam lawak
ada lawak dalam perli
perli perli
lawak lawak
ada gurau
ada senda
ada sinis
ada serious
ada lampau
ada terlampau
ada lapor yang tersasau
ada sasau yang terlapor
yang mana satu
hiburan daku.
sebab kita kan Melayu
rumpun yang satu
awalc72ahmadhse
12hb September 2006
|
obmar
|
semai dan bajak iamerdeka
dapat menyuarakan pendapat
walaupun belum tentu salah betulnya
walaupun belum tentu sahih benarnya
jangan dipersia siakan nya
jangan diperjudikan nya
jangan
jangan
jangan
baru 49 tahun lamanya
itu seketika
jika dibanding
dibawah penjajah
lima ratus tahun lama nya
tujuh kali banyak nya
sama sama
kita isikan
sebaiknya
demi anak cucu kita
18hb sept. 2006
Kuala Lumpur
|
obmar
|
Orang orang yang dilupakan
Pemimpin Kecil Kuala Semantan
pergi
satu
persatu
yang ada
tidak dicari
yang tiada
dilupai
tidak di gali
akan pergi
tiada kembali.
Kuala Semantan itu kancah
Kuala Semantan itu lubuk
disitu saka
disitu naga
berangkai tiga
tapi kita tidak ada harga diri
tidak hormat
biarkan mereka pergi
tanpa tali
tanpa erti
siapa Jebat
siapa tuah
siapa
siapa
siapa.
21hb September 2006
|
obmar
|
Kalau
Kalau penentang
Malayan Union
itu saja
pejuang Kemerdekaan
kelian salah
kelian belum tamat
kelian belum tahu
sebab
Kemerdekaan
itu bukan datang dengan penentangan itu
ianya
bermula
zaman berzaman
ia cuma berakhir ketika itu
kelian rayakan
berulang ulang
tanpa tahu
yang ianya bukan begitu
21 sept 2006
|
obmar
|
tenggelam nya ReneeDari Pahang menuju ke Perak
Renee berhajat menghantar pinangan
Guruh angin datang mencacak
Tenggelam diJohor hajat tak kesampaian
|
|
|