Archive for bridgebuilder.myfreeforum.org bridgebuilding effort, cross culture, cross faith, not bridge construction
 



       bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG
obmar

Polis Pahang berbasikal ronda bandar

Polis Pahang berbasikal ronda bandar


KUANTAN: Pahang menjadi negeri pertama memiliki pasukan polis berbasikal yang akan meronda kawasan bandar dalam usaha mencegah kes jenayah, selain merapatkan hubungan dengan orang ramai.





MUDAH RONDA: Sultan Pahang
meneliti basikal yang bakal
digunakan polis bagi meronda
di sekitar Kuantan sambil
diperhatikan Abdul Razak
(tengah), semalam.

Sebagai permulaan, pasukan polis berbasikal dilaksanakan di sekitar bandar ini tidak lama lagi membabitkan 30 basikal, sebelum diperluaskan ke daerah Pekan.

Semua 30 basikal itu disumbangkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bokhari, semalam.

Sultan Ahmad Shah bertitah, rondaan polis berbasikal, khususnya di lorong yang tidak boleh dilalui kereta dilaksanakan secara meluas di London dan ia praktikal untuk mendekatkan diri dengan orang ramai.

Titah baginda, pelaksanaan program itu tidak akan membebankan polis kerana semua basikal disumbangkan pihak lain yang ingin bekerjasama memastikan kes jenayah dapat dibanteras.

"Saya lihat polis berbasikal ramai di London dan ia juga sesuai dilaksanakan di sini. Mereka boleh keluar berdua dan sebagai permulaan, saya memberi 30 basikal supaya projek ini dapat dilaksanakan segera.

"Sekarang banyak kes berlaku termasuk rogol, bunuh serta ragut dan saya mahu semua rakyat membantu polis menjaga keamanan kerana ia tanggungjawab bersama," titahnya selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda juga meminta polis mendekati dan mendampingi rakyat dengan lebih mesra, bagi membolehkan sebarang kejadian tidak diingini dapat disalurkan segera kepada polis untuk ditangani.

       bridgebuilder.myfreeforum.org Forum Index -> INTEREST GROUP PAHANG
Page 1 of 1
Create your own free forum | Buy a domain to use with your forum